emo; warkah untuk bangsa

satu sisi hitam, buruk dan huduh
bagi seorang manusia adalah mementingkan diri

contoh;
semangat nak demo protes minyak
sebab sendiri kena bayar minyak

semangat nak demo pasal ptptn
sebab diri sendiri dari bangsa *toot*

agaknya korang nak jadi macam bani israel kot
gila bangga sangat dengan kaum sendiri
sampai dilaknat dengan pelbagai azab pun still tak sedar diri

punca utama adalah
terlampau memperjuangkan hak ketuanan satu bangsa
sebab itu aku kurang gemar dengan perkataan MELAYU
kerana ia sedikit sebyk meruntuhkan satu perpaduan AGAMA
dan yg demikian sedikit sebyk buat aku mual dgn perkataan KEBANGSAAN
(Hawa, yang ni takde kaitan dengan konvensyen kau hari tu, itu aspek lain, aku cinta bahasa, don’t worry)

aku rasa melayu mesti jawab camni;
“mostly melayu tu islam, kalau tak jaga melayu, tak jaga islam la”
bagi aku, kalau korg jaga islam tuh,
otomatis melayu islam terjaga, termasuk la cina islam, india islam
dan segala (sila letakkan bangsa sesuai di sini) islam lain

dulu aku dah kata
jaga agama, terjaga bangsa
sebab agama itu satu unity
bukan union malay *toot*

dan kebanyakan melayu islam kat negara malaysia ni
concern dan emo semacam
bukan bila sensitiviti agama
tapi sensitiviti peribadi

kalau nak kata korupsi
dah bertahun dah korupsi
tapi korang marah HANYA bila minyak naik

wahai manusia sebangsa ku
you are brilliant, but still you are not wise enough to not be called stupid

kau pergilah baca kitab suci agama Islam
yang korang sangat bangga mengaku jadi penganutnya
walhal korang tak amalkan sangat pun
kau bandingkan diri kau dengan bani israel
tak banyak beza pun

mungkin kalau turun nabi/rasul untuk kau
kau akan mintak bukti dari tuhan
dan bila mukjizat itu dizahirkan
kau masih belum boleh puas hati

dasar manusia

p.s - eh budak melayu, kalau malas belajar, tak payah nak bising sangat pasal kuota ptptn, sendiri malas belajar, tapi sensitif pasal kuota, sengal!

Trackback URL

3 Comments on "emo; warkah untuk bangsa"

  1. jaed
    MM
    19/08/2008 at 5:23 am Permalink

    cerita banyak tak guna
    jom jadi menteri!

  2. jaed
    jaed boncet
    19/08/2008 at 12:02 pm Permalink

    er.. 5years to go, sabar bro

  3. jaed
    alif zai mim ra
    28/08/2008 at 2:09 pm Permalink

    slm..sudah lama xdtg cni..

    ok..aku terkesima sebentar terlihat namaku di entri ini..huhu..tau2 je aku nk bidas balik. ;P

    ok..aku bangga menjadi seorang melayu tapi aku amat anti dengan melayu yang terlampau memperjuangkan hak ketuanan satu bangsa. kalau nak wat gini masa zaman merdeka dulu aku faham tapi zaman sekarang ini? tlg la..bersikap terbukalah semua..sbb perangai buruk mereka inilah orang lain ambil kesempatan untuk menjatuhkan kita. tlg lah..berhentilah berangan..

    jaed, ko bandingkan mereka ini dengan bani israel?? ini satu perbandingan yg amat dahsyat..bgsa kita sendiri tu.. na’udzubillah..

    oops..terlebey ‘emo’ la plak.. :P

Hi Stranger, leave a comment:

ALLOWED XHTML TAGS:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe to Comments