pernah dgr orang sejati kelantan atau terengganu cakap inggeris?
contoh;
“i wong tu go tu de ofih. bat de ofis dideng openg yek”
“i wanna go to the office. but the office didn’t open yet”
“saya mahu pergi ke pejabat. tapi pejabat belum buka” (okeh, BM aku memang kureng sket)
“what’s clock?”
“what time is it now?”
“pukul berapa?”
okeh, boleh mula senyum sendiri. anda dibenarkan berbuat demikian.
aku kalau dengar orang sejati sebegitu. aku senyum. kadang-kadang aku gelak. kadang-kadang aku bergurau tentang itu. tapi, ada satu sikap yang aku tidak akan buat dan aku cukup tidak gemar bila orang lain buat;
menghina dan memperkecilkan usaha mereka bertutur dalam bahasa inggeris
ini tidak sama dengan “kadang-kadang aku bergurau tentang itu”. apa yang tidak kena dengan pertuturan orang sejati itu?
slanga? sebutan? tatabahasa?
okay, betul. tapi itu boleh dibaiki. tolong jangan menghina pertuturan orang lain. kamu yang menghina belum tentu boleh bertutur dengan tepat, cepat dan padat. jangan memperbodohkan diri dengan menghina pertuturan inggeris orang sejati sedangkan anda sendiri tidak mampu bertutur dengan betul dalam bahasa sendiri.
sebenarnya aku benci bahasa inggeris. bahasa kaum yang majoritinya menindas dan kapitalis ekonomi. itu satu pengumuman (baca; generalization) yang aku buat.
TAPI aku amat cintakan bahasa. serius.
arwah atuk aku belajar 5 bahasa. melayu, arab, inggeris, cina dan siam. sangat fasih arab dan melayu. dan beliau boleh bertutur dalam pelbagai loghat malaya; kelate, kedah, perok, penang, dan nogoghi. ayah pun sama. tapi ayah fasih inggeris. loghat british. aku dengki. dari umur 5tahun aku sudah diasuh untuk berbicara dalam banyak loghat dan bahasa. aku tidak fasih pertuturan dan perbendaharaan. tapi alhamdulillah, uslub dan gaya bahasa, nahu dan grammar, balaghah dan literature, aku amat gemar.
bahasa arab adalah bahasa paling baik dan bagus. hakikat ini hanya akan kamu sedari jika kamu mempelajari arab sehingga peringkat tinggi. pastikan kamu menghantar anak-anak kamu ke sekolah agama YIK di Kelantan, silibus arabnya memang TERBAEK.
kalau boleh, aku nak wajibkan kamu semua belajar semua bahasa. berdakwah dengan bahasa. itu penting. dan jangan lupa untuk belajar adat dan sejarah target yang ingin didakwah. okeh!
selamat berbahasa. ![]()
02/07/2008 at 4:33 pm Permalink
Wah! saya suka yang ni. dulu pernah speaking ngan kawan-kawan, kononnya mahu upgrade kan english…but then…kene perli…sedih tu. sedih, orang kita kebanyakannya suka memperlekehkan usaha orang yang speaking kerana tak betul grammar dll…
penah satu ketika saya gi plaza idaman jumpa ngan mat2 arab, dia tegur saya dalam b.i,kami berbual-bual dalan b.i,bila dia tahu saya budak uia dan kos irk…dia kata—eh, jom cakap arab…salah pun tak pe, kita belajar…-)
02/07/2008 at 5:34 pm Permalink
er, boleh saya tahu siapakah gerangan pelajar irk uia yang x reti cakap inggeris ni???
02/07/2008 at 10:55 pm Permalink
practice makes perfect kan?
tapi,sering terpengaruh dgn environment sekeliling yg menggunakan bahasa melayu shj..uhu~
Selamat berbahasa!
03/07/2008 at 2:05 pm Permalink
practise doesn’t make u perfect dear, but will always makes u better, that’s the promise.
Language is a matter of “pedulik ape ngan kata2 orang” and “practises”.
Eh, ye ke cekgu jaEd??
03/07/2008 at 3:31 pm Permalink
baik Cikgu Jaed!
03/07/2008 at 6:47 pm Permalink
susah betul dapat anak murid sengal cam korang.. hahaha
04/07/2008 at 4:16 pm Permalink
kihkih.
HALAL HARAM DALAM ISLAM….=)
still remember?
mesti cikgu jaed sengal sebab tu ank murid sengal. sory mencelah.
04/07/2008 at 5:13 pm Permalink
bahasa arab best. tapi saya tak pandai.
loghat2 bahasa melayu spt kelantan dan terengganu pun saya tak berapa paham. malu batul.
05/07/2008 at 11:31 am Permalink
oh, cikgu lupa la anak murid, nanti cikgu send esok(ahad)
nuraainaa ; teruskan belajar!