surat untuk teman, ini hanya coretan ukhuwah retorik nan indah.. aku rindu kamu
teman, ini aku ajari kamu. kau dan aku jangan kita ulangi lagi.
1. kau orang susah, aku orang senang. teman tolong jangan bilang begitu. aku bukan materialis, mungkin rezeki kebendaan aku lebih sedikit dari kamu, tapi bayarannya amat mahal, aku dapat semua rezeki itu dengan kehilangan masa bersama keluarga dan kematian seorang abang. kamu mahu begitu? syukuri rezeki kamu, bukan harta yang memperkayakan jiwa dan membahagiakan lara
2. kau tidak pandai, aku genius. teman tolong jangan. mungkin aku bertuah, kurang belajar tapi tidak gagal. tapi harga untuk dibayar amat tinggi; penyesalan dan istidraj mungkin. kamu mahu bayar yang berharga sebegitu? tentu tidak mahu, bukan? genius tanpa berkat.. itu bukan yang kamu mahu, syukuri hasil usaha dan rezqi kamu.. digit dan nombor bukan nilaian tuhan
3. benar aku punyai banyak baju. aku suka dan sayang. tapi kamu tahu, aku tiada saudara lelaki untuk berkongsi, tidak pernah mungkin baju itu mampu menghidupkan kembali yang sudah tidak bernafas
4. benar aku jarang hubungi kamu. tapi kamu selalukah SMS aku? benar aku tidak pernah ke rumah sewa kamu, tapi kamu pernah ke kampus aku? benar aku jarang belanja kamu makan, tapi bila berjumpa kau tidak pernah lupa membelikan kamu sesuatu, tidak pernah aku biar kamu kelaparan. itu prinsip aku. seingat aku, kamu mencari aku tika saat kamu susah, aku juga begitu. dan begitu bukan bermakna aku tidak ingat kamu dan kamu tidak ingat aku. apa kamu ingin menuntut pembuangan masa seperti saat kita sekolah dulu? itu tidak mungkin teman.. dan ingat, aku tidak pernah menafikan hak kamu ketika perkahwinan dan kematian. belum dan tidak akan.
5. jangan cemburu jika aku luangkan masa dengan keluarga ku membelakangkan kamu, seharusnya kamu juga begitu. perlukah kamu bangga kamu mampu bermingguan berada dengan kawan dan abaikan keluarga? dan adakah kamu bangga kamu mampu luang masa untuk keluarga dan kawan tapi tiada masa untuk kerja kebajikan? kalau pun kau boleh, aku tidak mampu. maaf, hormati prinsip aku.
6. jangan kata aku hipokrit bila aku berkata tentang yang baik, aku tau hakikatnya aku tidak baik. tapi kau dan aku pun begitu. hati manusia, fitrahnya bersih, salahkah ada saat dan tikanya fitrahnya terpancar? hipokrit itu bagi aku bila kau manusia mengingkari fitrah diri yang mahukan kebaikan dan bangga mengatakan kau jahat dan mengaku kau tidak hipokrit dengan melakukan kebaikan, bahkan kau mengaku kau tidak berpura2 dan jahat itu dirimu dan dirimu itu jahat. itu salah! diri kau baik, tapi kau menjahatkan diri kau. ubah tika masih ada masa.
7. dan jika aku lebih kacak dari mu, usah berdengki. hakikatnya kamu yang sudah punyai pacar, bahkan ada yg sudah bertunang, akhirnya tinggal aku yang kacak ini bujang. aku yang harus dengki.
teman. badan, hati dan jiwa, kalau boleh aku bahagi tiga, satu untuk keluarga dan satu untuk agama. yang satu akhirnya itu aku hadiahkan untuk kamu. terima kasih kerana sudi berbaik sangka dengan aku, ber kebersamaan dengan aku, dan melebihkan diri aku.

June 27th, 2008 at 2:45 pm
yang ni best.aku suka part makan tu, sbb ko tak pnah gagal dlm bab makan2 dan memberi makan.haha.thanks
June 29th, 2008 at 8:58 am
oh jaed… sayunya aku membaca post mu kali ni. cukup puitis lagi meruntun jiwa. kau mahu org memahamimu, begitu juga org mahu kau memahami mereka… itulah mutualism.
June 29th, 2008 at 1:19 pm
all is fair!
‘watawa soubil haq, watawa soubis sobr’
jaed, lelaki dan perempuan berkawan kira ukhuwah gak ke?
lalala~
June 29th, 2008 at 4:05 pm
dammit : big apple okeh!
ceroj : er.. kamu jiwang okeh!
cik tim : tak baik tanya soalan yg anda sudah tahu jawapannya okeh!
June 30th, 2008 at 12:14 am
coretan ukhuwah retorik nan indah..sguh puitis..
June 30th, 2008 at 8:58 am
lama sudah baru ke mari,
tidak mengapa,
kerana kau melihat aku setiap hari.
sahabat, aku sukakan yang ini!
Cukup puitis tersirat bermakna,
Kau, aku benarkan jadi diktatorku ;P
Owh, kata2 mahasiswa pertama di sidebar mu
sangat menarik pagi ini,
sayang kau tiada.
Tidak mengapa,
isu minyak itu lebih penting
Mohon diri,
physiotherapist ku telah memanggil sayu
Moga dipermudahkan urusanmu,
En. Diktator!
July 1st, 2008 at 1:42 pm
…
(sungguh! aku bukan naqibmu yang baik. maafkan aku)
July 4th, 2008 at 2:46 am
4 sure.. xde kaitan pn..tp ske bab 6..