tunang, satu istilah yang disalahfahami

keliru dengan entri yang lepas? itu hanya gimik untuk menarik hati hati kamu untuk membaca entri yang panjang ini, mula dengan lafaz basmallah

tunang biasenya merujuk kepada satu ikatan permulaan kepada tanggungjawab yang berat, perlu dipikul dengan serius sebagai amanah dan ditunaikan sebagai hak kepada diri sendiri dan orang lain

tiga unsur penting ni takkan boleh diceraikan bila kita sebut tunang; tanggungjawab, amanah dan hak

pertunangan biasanya dilambangkan dan disimbolikkan dengan satu ikon keramat; sepasang cincin. dan melibatkan dua insan berlainan gender

adapun pertunangan juga akan mengstimulasi seorang jejaka untuk berkorban gadai harta, tenaga, masa dan juga diri untuk menggapai matlamat tercinta.

pertunangan adalah stimulus. melihat kepada ikon pertunangan adalah penting sebagai satu tazkirah untuk meluruskan panduan di atas jalan yang benar dan hak. pertunangan juga adalah HANYA satu tempoh untuk mengenali diri dan menilai kemampuan diri. maka seharusnya pertunangan itu hanya dalam jangka masa yang singkat tapi memadai. elakkan dari terbelenggu dalam norma kesatuan fikrah rakyat malaysia di mana pertunangan itu bagai menghalalkan hubungan yang tidak! tunang adalah tidak sama dengan kahwin!!

dalam konteks kehidupan semasa pelajar, keutamaan tanggungjawab, amanah dan hak adalah kepada ibu bapa dan adik beradik semata-mata. seharusnya tiada wujud perempuan perempuan ajnabi lain yang boleh dikategorikan sebagai peruntun rasa perosak jiwa penggangu utama

kahwin awal itu tidak salah, tiada pernah ada penetapan umur perkahwinan. tapi, mengapa kita, pelajar bukan-aliran-agama, suka menjadikan perkahwinan awal sebagai satu kosmetik utama dalam sebuah pementasan lakonan cinta halal?

nilai kembali. suami itu seorang lelaki dan lelaki itu seorang anak. kamu akan menjadi suami, tapi sudahkah kamu menjadi anak? atau kamu hanya sekadar seorang ahli keluarga yang tiada nilai pengorbanan pada ibu bapanya?

iya, dugaan dunia pengakhiran ini menguji. getir. tapi bukankah kita diminta untuk berpuasa sebelum mengatakan YA pada sebuah perkahwinan? kamu sudah puasa?

dan puasa untuk mengawal nafsu itu bukan sebentar dan suka suka. jika kamu serius ingin mengatakan kamu PERLU kahwin kerana TIDAK mampu menawan nafsu, maka saat kamu ingin berkata begitu, pastikan kamu sudah melazimi puasa selang sehari, atau sekurang2nya puasa setiap isnin dan khamis selama setahun. hah, itu baru dikatakan tidak mampu menahan nafsu.

aku bukan benci pada perkahwinan awal, setulus hati ini berkata aku sangat CINTA dan MAHU akan perkahwinan awal. tapi aku benci pada ALASAN kepada benda itu. SEBAB itu wujud, tapi hanya sebagai satu cabaran yang boleh diatasi

dan jika kita boleh mempersiapkan diri untuk berkahwin awal, berusaha dan berkorban. mengapa tidak masa, tenaga dan tekad yang kita guna untuk perkahwinan itu, tidak juga kita kerahkan pada nilaian yang lain?

jangan nanti tiba masa kita menjadi seorang suami, kita menyesal kita tidak pernah cuba menjadi seorang lelaki

dan

jangan nanti tiba masa kita menjadi seorang ayah, kita menyesal kita tidak pernah cuba menjadi seorang anak

tulisan ini lahir dari ilham hati. dan kerana ilham itu aku masih bujang di sini. jika kamu gatal mahu bertunang suka suka, maka tunangkan diri kamu dengan agama, jika kamu berani!

Trackback URL

28 Comments on "tunang, satu istilah yang disalahfahami"

  1. jaed
    Nuar
    03/06/2008 at 12:00 pm Permalink

    “aku bukan benci pada perkahwinan awal, setulus hati ini berkata aku sangat CINTA dan MAHU akan perkahwinan awal. tapi aku benci pada ALASAN kepada benda itu. SEBAB itu wujud, tapi hanya sebagai satu cabaran yang boleh diatasi.”

    ayat ni aku tak faham dari segi koordinasi serta kronolginyer. harap maklum

    p/s: pakcik yg botak, gemok, hensem telah ditag oleh pakcik sepet. siape pakcik botak, gemok, hensem itu ? fikir sendiri….

  2. jaed
    jaed boncet
    03/06/2008 at 1:48 pm Permalink

    penjelasan; aku menyokong kahwin awal sekiranya bersebab, jangan mulut berkata mahu kahwin awal hanya kerana alasan mahu dan takut terlepas perempuan idaman. selami dan hayati maksud sebenar perkahwinan. jangan beralasan, tapi carilah sebab untuk berbuat sesuatu

  3. jaed
    MatematisMuda
    03/06/2008 at 4:01 pm Permalink

    alaaa
    jawapannya tak la ni?
    ces

  4. jaed
    jaed boncet
    03/06/2008 at 4:07 pm Permalink

    er, tak jugak.. hehe

  5. jaed
    zulyunus
    03/06/2008 at 6:18 pm Permalink

    mantap ah artikel kali ni jaed. Aku dapat serap apa yang cuba hang sampaikan dengan kemas dan teliti. satu ulasan yang patut dibaca oleh remaja macam aku…haha. abang jaed memang best la.

    by the way, thanks sebab bagi panduan berguna pada aku. teruskan berkarya jaed…kerana dirimu begitu bermakna…hehe

  6. jaed
    szakif
    03/06/2008 at 6:26 pm Permalink

    Pada pendapat aku, pertunangan itu ialah satu tanda bahawa satu pihak sudah bersedia untuk menjadikan satu pihak yang lain sebagai pasangan hidup, tetapi selepas satu tempoh yang ditetapkan dengan persetujuan.

    Contohnya, kalau dikatakan mereka bersetuju untuk ditunangkan dalam masa setahun, maka dalam tempoh itu kedua-dua pihak perlu membuatkan persiapan drpd segala segi seperti mental, fizikal (ehem..), dan kewangan sebelum mereka berdua-dua betol2 diijabkabulkan.

    Apa jua yang menjadi asas kepada pertunangan itu (baca: niat) yang penting persediaan yang dilakukan selepas tali diikat.

    Tapi ada juga yang bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Macam mana tu~

  7. jaed
    jaed boncet
    03/06/2008 at 6:36 pm Permalink

    to zul; “…kerana dirimu begitu bermakna…hehe”

    ayat hang nih bagai aku dah tua bangka nak mampuih dah!! hang serap betoi betoi na, aku dak larang hang kawin awai, hang kena kawin awai! supaya buleh lahir abnaul harakah generasi pelapis dari darah daging hang sendirik! cuma jangan jadikan alasan kawin awai tuh untuk bercinta bercumbu mesra kasih segala..

  8. jaed
    jaed boncet
    03/06/2008 at 6:40 pm Permalink

    to szakif; sori aku belum belaja loghat jawo, nnt dah pandai aku reply komen kamu dlm bahasa kamu

    betul dah apa kamu kata tuh, tapi apa yg aku cuba pesan dan ketengahkan adalah peringatan supaya tidak menjadikan tunang itu sebagai satu titik noda dalam perhubungan muamalat lelaki perempuan

    bertunang tadek tempoh masa yg ditetapkan dalam Islam, tapi sebaik2nya adalah pendek, sekadar untuk berkenalan dalam kadar yg sepatutnya dan bukan sampai masuk hal tak perlu(contoh; hal dalam kelambu)

    tapi masyarakat sekarang ni, dah kenal sebelum tunang, so aku rasa yg mcm ni tak payah tunang lama-lama, menyusahkan dan membukak pintu fitnah, pinang dan kawin trus setelah bersedia, kerana tunang itu menghalalkan byk benda yg berape halal pun

  9. jaed
    zulyunus
    03/06/2008 at 7:03 pm Permalink

    ok jaed…kalau hang nak kawin awai pun aku setuju…aku memang nak kawin dah pun…haha

  10. jaed
    Master J
    03/06/2008 at 8:51 pm Permalink

    wah wah wah..tunang lah..kawin lah..hehe isu hangat terbaru plak..hehe..

    good post..good points..n good timing 2..most of us dh smpi ke umur yg org assume “sesuai” utk kawin..tp mcm jaed ckp..tiada penetapan umur utk kawin..mslhnya bila kita jd parents..cuba bygkan cmana kalo anak kita nk kawin time blaja..ada yg akan bantah dan ada yg akan beri sokongan..kita msk categori mana?

    sumwan told me dat remaja..er..bkn remaja lah..young adults zaman skrg mmg hidup ssh..nk bcinta xleh..nk kawin parents xbg..jd apa yg nk buat??line antara agama dan adat mmg kabur bg parents yg kata “kamu muda sgt nk kawin” wpun dlm Islam “umur kawin” tidak wujud..

  11. jaed
    cik tim
    03/06/2008 at 11:25 pm Permalink

    yay!
    memang jaed.
    jaed, kalo kawen sebab ‘nak selamatkan ummah?’

  12. jaed
    jaed boncet
    04/06/2008 at 7:26 am Permalink

    To masterJ; Mostly parents kata camtu sebab dorg tau kemampuan anak dorang, espeseli ur mom, she noes u well. Tp kenapa isu cinta dan kahwin yang anak muda sekarang suka bangkitkan, ada banyak lagi isu kan?

    Aku pernah melalui zmn tu, rs KENA kawin, tp perasaan yg pseudo-benar, hehe. And when my mom said NOT YET, aku terima dan aku idup macam biasa je, takde la rasa nak mati takut dat sum1 terlepas ke ape ke, maybe sbb aku tidak pernah ada ap2 ikatan istimewa dgn perempuan sekeliling aku melainkan atas nama kawan.

    Seriously, kalau pemuda zaman kita sekarang hanya tahu memikirkan isu kahwin dan bukan isu persiapan diri, nescaya 10tahun lagi, generasi selepas kita adalah lebih teruk dari sekarang! Serius aku cakap, xsusah nak kasik nafkah zahir zaman sekarang ni, zaman yang xde limit umur utk org jadi kaya, tapi nafkah batin(read;jiwa, rohani)??

    Aku bagi satu soalan simple utk org yg RASA NAK kawin tuh;

    Ilmu saudara/i tentang aqidah islamiyyah dan tuntutan nya cukup tak untuk bekalan isteri, anak dan keluarga saudara nanti?

    Kalau ilmu aqidah pun terumbang ambing, jawabnya fiqh dia jadi fiqh liberal. Serius!

    To cik tim; “nak selamatkan ummah?”

    Dalam konteks apa? Menyelamatkan ummah paling utama adalah dgn ilmu, bukan dgn kahwin. Tapi kahwin itu juga satu penyelesaian utk menyelamatkan ummah, kan?

    Cuba kita tgk ttg kahwin, umur anda sekarang dikira utk selamatkan ummah? Biasanya org yg berbicara ttg menyelamatkan ummah ni, adalah lelaki/perempuan baik baik yg kawin dgn lelaki/perempuan yg sejenis dgnnya, selamat kah? Kenapa tak selamatkan mereka yang dah lemas dalam gelora ombak hedonisasi dunia tuh? Org yang baik2 ni kawin lambat skit pun takpe kan? Lagipun, utk kawin awal, terkadang tunang tu terlalu lama, last2 org baik2 ni jadi lagha plak, ye tak?

    Lihat dan nilai di sekeliling anda!

    to zulyunus; awalkan kahwin, pendekkan tunang

  13. jaed
    szakif
    04/06/2008 at 10:50 am Permalink

    kerana tunang itu menghalalkan byk benda yg berape halal pun

    ade something missing la pulak aku rase kat ayat ko ni jaed.. boleh jelaskan? ke aku je yang memang tak paham gaya bahasa ko?

    *kenapa loghat jawe dibangkitkan dengan tiba2? :p

  14. jaed
    jaed boncet
    04/06/2008 at 10:54 am Permalink

    ralat; kerana tunang itu menghalalkan byk benda yg x berape halal pun

    thanks szakif

  15. jaed
    Nuar
    04/06/2008 at 1:14 pm Permalink

    tu sebabnye kecapi nikmat sepuasnye sebagai seorang single sebelum bergelar double. dan kepuasan sebagai single itu bukanlah kepuasan yang anda fikirkan sebentar tadi. anda fikirkan bukan ? jangan tipu. anda ade fikir sesuatu. sy tahu.hehe.

    kalau dah sampai tahap anak soleh baru boleh jadi ayah soleh. mcm tu sifirnye boleh tak jaed ?

  16. jaed
    cik tim
    05/06/2008 at 12:56 pm Permalink

    betul jaed sokong saya!
    banyak lagi perkara yg perlu didulukan utk menyelamatkan ummah sebelum terjun kepada kawin.

  17. jaed
    dini
    06/06/2008 at 12:08 am Permalink

    nak memang nak, tapiorang selalu pandang serong kat org yg kahwin awal.. :( dia kata “gatal.” eleh, couple2 haram tu tak gatal??
    grr

  18. jaed
    jaed boncet
    06/06/2008 at 8:57 am Permalink

    to ciktim; tapi kalau boleh, usahakan supaya anda mampu menyelamatkan ummah dgn kahwin dan terus dalam kerja dakwah, itu terbaik!

    to dini; siapakah anda? selamat datang, semoga rezqi kahwin kamu hampir sudah kepada kamu

    to nuar; kamu betul

  19. jaed
    clicshe_art
    06/06/2008 at 11:15 am Permalink

    topik psal tunang- kawen muda…memang slalu sngt dbncangkn kat web iluvislam pon sama…..tp for me…ples take ur time..kalu btol2 dh sedia…never regret to move on 2 another big step..which means kawen..but kna ingat obligation sngt dperlukan….komitmen 2 most important things..student cm kita ni ptot2 la focus study dlu…enjoy the momment of teenanger lifehood… coz member saya pon ada kawen awal tp xpa la husband dia dh jd lawyear…tp kalo 2-2 student..cba fikir..tnggjwb dh besar..kalu b4 this,xpenah sapu sampah n msak kt umah..bla dh ada family its a diffrent stage…

  20. jaed
    clicshe_art
    06/06/2008 at 11:21 am Permalink

    hum..lg 1, skang ni kan..pemuda n pemudi harapan bangsa kan bnyk yg hampeh.tp xsuma la..mksudnya dr sg agama… nk tanya kesanggupan bg org yg tingin nk kawen awal…mau ke bteman hidop,sbumbung ngan pasangan kita yg kuren taw bab2 agama ni…solat entah ke mana..posa pa tah lg….kalu saye baek la..yg taw bab agama bleh mbimbing kta tok kbahagian di dnia n akhirat yg d cari2..yg pling penting gak… kawen 2 kerana allah baru la barakah..n dpt anak soleh n solehah.sory ye 2 cuma my opinion..xlbeh n xkrang

  21. jaed
    jaed boncet
    06/06/2008 at 10:35 pm Permalink

    to clicshe_art; nice nick, welcome, siapakah saudari? suka komen kamu!

  22. jaed
    clicshe_art
    09/06/2008 at 12:02 pm Permalink

    sya pon ska entry awak gk…pa pon, keep up the good art dude!!!! sya hamba allah yg ska mrantau dlm sesawang labah2 yg xda phujung ni bca blog org ur fren dammit very funny dow!!

  23. jaed
    Knowlee
    05/09/2008 at 1:16 pm Permalink

    Tunang ni adat melayu je. Adik-beradik ‘couple’, cuma ada majlis sarung cincin, hantaran, involve the whole family, etc etc etc.

    In my point of view, kalo dah betul2 suka, nikah terus aje. Kalo tak mampu, tahan nafsu. Abis cerita.

  24. jaed
    jaed boncet
    06/09/2008 at 12:52 am Permalink

    eceli, tunang tu bukan adat tau, ada dalam islam, namanya khitbah, satu period untuk saling kenal mengenali, ok.. nnt aku post pasal hal ni

  25. jaed
    anonymous
    25/09/2008 at 4:50 am Permalink

    Okey, sekarang terasa nak kasi komen..

    kerana tunang itu menghalalkan byk benda yg berape halal pun

    sangat setuju sebab ramai salah faham dengan konsep tunang or khitbah. Memang la, Islam memperuntukkan masa untuk pasangan saling kenal each other, tapi still rules and regulation applied kan? bukan nye men suka suki jek keluar beli barang i.e. hantaran bersama-sama and other kes kes lain. Satu lagi masalah bertunang nih, family akan approve benda yang tak di approve before sebab: ‘mereka dah bertunang…’

    Tapi, part yg second tu, ade yg tak setuju sikit,..sikit je.. being married doesn’t mean yg ko dah bukan anak or lelaki anymore.. If you’re are married for obligation and bukan sebab nafsu semata-mata, you gonna do good in every of it..Just ingat tanggungjawab anda walau apa status anda. Certain orang,berubah menjadi anak yg lebih baik setelah bergelar suami@isteri..Setiap orang itu berbeza, doa agar diberikan yang terbaik dari segala segi.

    Lagipun, better kahwin dari couple, and kalau rasa diri tak ready lagi nak kahwin, tak yah couple terus…mujahadah itu perit tapi manis :)

    my opinion semata-mata

  26. jaed
    seddeBesut
    15/11/2008 at 5:11 pm Permalink

    salam ziarah..ni first time ak masuk blog mu, n among ur posts this post catch my eyes first..
    simple n tersirat..keep up the good work jaed..

  27. jaed
    matmin
    25/11/2008 at 10:31 am Permalink

    post ni mmg menarik,byk yg tersirat.komen2 pun,mmg smple tp sarat dgn nasihat,peringatan,dn msg2 yg amat berguna.

Trackbacks

  1. khitbah ¦ my eyes, our world 06/09/2008 at 12:59 am

    [...] entri ini ditulis dahulu kerana sistem tunang ini telah disalahguna untuk kegiatan sosial yang tidak sihat seperti; keluar dating, ...

Hi Stranger, leave a comment:

ALLOWED XHTML TAGS:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe to Comments