“si gemuk botak yang kacak, bleh mtk tlg? pergi ke bandar raja durjana, ada hal penting, ke ade exam?”
si gemuk botak yang kacak diam. membaca pesanan ringkas. reply.
“esok pagi exam, lepas exam kita pergi”
berat hati mahu pergi, tapi tahu kawan ini tidak pernah meminta tolong. ini kali pertama. penting amat gamaknya musim final exam mintak tolong. ke kawasan durjana yang jauh pulak tu.
tiba di bandar raja durjana. mencari destinasi tiada berjumpa. berkenalan dengan si pakcik tua.
“pakcik, teratak tua indah kat mana?”
“oh, di situ di sini bla bla”
panjang celoteh pakcik tua. kedai usang. rezeki ikhlas berniaga. syukur tuhan hati mulia. sanggup tolong anak muda. iyelah, botak, gemuk, kacak, kan? haha, si botak gemuk kacak gelak.
“gini la anak, pakcik teman kamu pergi teratak tua indah tu”
“kedai ni camne?”
“takpe pakcik tinggal je pada orang kedai sebelah, insyaALLAH takde pape tuh”
ke teratak tua indah. lama. sejam. dua jam.
“terima kasih la pakcik. dah selesai dah kerja kami”
“anak berenti sini, kita minum air jap”
woah~ sedap betul ais cendol. bagai masakan istana. si gemuk botak yg kacak melangkah ke kamar rileksasi, berjalan penuh sopan. tanggalkan jam. berurusan membasuh muka dan segala.
“terima kasih ye pakcik, jumpa lagi”
——————————————————–
“oi! jam aku hilang! adeh.. tertinggal kat bandar durjana kot..”
“hello pakcik, begini.. begitu.. bla bla”
“takpe nak, kawan pakcik ada terjumpa, nanti anak datang amik la ye..”
——————————————————–
purnama yang keempat selepas ke bandar durjana. si gemuk botak kacak sedang menulis. dalam dewan. peperiksaan tengah semester.
“adeh.. xdek jam.. pakcik tu gamaknya dah jual jam aku.. aku tak tuntut”
“lama lagi x masa menjawab?”
“ada lagi 45 minit dari sejam setengah”
“saya dah abis ustazah, keluar dulu ye, terima kasih”
“assalamualaikum, pakcik tua yang mulia, ini si gemuk botak yang kacak yang dulu ke bandar durjana. masih bernyawakah jam saya?”
“ya ALLAH anak, pakcik dah lama tunggu, nak hubungi kamu tiada nombor kotak merpati”
“hidup lagi jam tu??????”
“anak datang ye..”
—————————————————————-
“ini jam kamu…”
“er…. tak tahu nak cakap ape, terima kasih la pakcik…”
tengok, renung jam itu…
“karma…”
31/05/2008 at 11:33 pm Permalink
baek pakcik tu…blanjela die ais cendol tuh..
01/06/2008 at 11:21 am Permalink
x buleh, sb dia ikhlas menolong, dia xharapkan balasan, hahaha