saya ada undangan kahwin 9 mac lepas. dan juga 15 mac lepas. ada lagi 7, 14, dan 21 jun ini. kesemuanya kawan saya. 2 dari undangan itu pengantinnya teman seperjuangan di sekolah. berumur 21. dua lagi layak dipanggil kakak. dan sememangnya kakak kepada saya. dan seorang lagi berumur 19. itu cerita yang sedang menunggu aqad. ada pula cerita tentang yang baru menyarung cincin pertunangan. seorang berumur 21, teman sebaya di sekolah. dan seorang lagi 22, juga teman di sekolah. seorang lagi pula tidak menyarung cincin, tapi akan pulang dari eropah untuk berkahwin dengan gadis pilihan. umur 21 juga. umurku? 21. oh.. tidak! tahun 2008 hidup aku dikelilingi berita tunang kahwin teman seumur yang dahulu berjuang bersama. terlalu tuakah 21 sehingga perlu kahwin? huhu
kata encik mohd firdaus azmi, “ko tu dah tua. kahwin la. ni tak.. mak suh kahwin, cakap nak belajar. tapi tak belajar pun. dahtu mak suh belajar, ko nak kahwin. gatal!”
hee… kahwinlah dulu kamu kamu. saya masih belum layak. tunggu kitab kitab saya itu habis dibaca dan dihadami baru saya bercerita tentang kisah kahwin diri sendiri. sekian dari bujang terlajak.
“Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara, wajah, harta, keturunan dan agama. Pilihlah agama nescaya kamu akan terjaga.”
P.S - susah nak cari perempuan beragama. kalau dah jumpa tu, silalah kahwin dengan segera. kemudian cari seorang untuk saya. ![]()
20/03/2008 at 10:29 am Permalink
susah sangat ke? bukan kamu dah jumpa ke? kawen lah cepat2… nanti hamzah dapat 5 anak, kamu masih sendirian.. hahak! x-aman ada lagi ke yang nak kawen?
23/03/2008 at 3:10 pm Permalink
haha…xdenye.blm bujang terlajak lg la~
21 tu muda lg..
ari tu ade pegi forum psl ibu..tp de masuk psl kawen..ust tu kate, kite ni klu nk kawen, jgn jd cam lembu..kawen ikut musim…musim mengawan~ sorang kawen, habis pakat nk kawen..hmm..kawen bile betul2 sdia, bile dah smp seru, bile da ade jodoh~
pepon…rerajin la blaja
tah ape tah merepek kt sini~
apepon sile betulkn namaku di link anda ye~
eh2,
——————————————————-
1. Maryam Says:
March 20th, 2008 at 10:29 am
susah sangat ke? bukan kamu dah jumpa ke? kawen lah cepat2… nanti hamzah dapat 5 anak, kamu masih sendirian.. hahak! x-aman ada lagi ke yang nak kawen?
——————————————————-
klau dah ade tu, cpt2la kawen, x elok lame2~ harhar
::baru lps habis xm mode::
27/03/2008 at 9:28 am Permalink
update please!
03/04/2008 at 7:33 pm Permalink
bersatu dengan-ku! ujar wanita cantik menggoda. lantaran itu seperti halilintar lajunya syeikh itu membakar jari-jemari. dengan lilin pulak tu.
moral of the story : semua nk jd lone ranger mcm aku. keh keh.
07/04/2008 at 12:56 pm Permalink
korang tahu ke mak korang baca korang punya keluhan nak kahwin tu. dah ada calun ke
07/04/2008 at 12:57 pm Permalink
mak korang cakap kalu nak pilih kelantan mari tau bukan oversea punya orang