unspoken truth..

GE. Passed. Should have the chance to cast my first vote. Guess it’s not my call. In rush, would be short and precise. Bi-lingual. Malay version posted. English in queue.

  1. Calon dan Parti, di Mana Keutamaan?
  2. Ramai orang berpendapat, kita tidak sepatutnya berparti, kita patut mengundi berdasarkan calon. Dari parti mana dia, itu hal kedua. Asalkan calon itu yang terbaik di tempat kita. Pernah seorang guru aku di pusat asasi berkata “kalau letak kambing pun awak nak undi jugak ke?” Ya, dia betul. Tapi aku tidak setuju dengan dia. Sesebuah parti ditubuh dengan dasar perjuangan masing-masing. Sokongan yang diberi terhadap sesebuah parti adalah kerana dasar perjuangannya. Sekiranya parti-A memperjuangkan hak gay dan lesbian, dan dia meletakkan calon yang berpelajaran tinggi dan mesra rakyat. Bertanding dengan calon kelulusan agama di timur tengah dari parti B yang memperjuangkan demokrasi, yang mana pilihan anda? Kita seharusnya bijak memilih untuk menyokong parti kerana dasar yang diperjuangkan. Kekurangan calon itu, kita sebagai penyokong lah yang menampung dan membantu. Parti sudah tentu memilih yang terbaik untuk anda. Jangan cuma jadi seorang yang tahu merungut dan mengkritik kekurangan calon itu dan ini tapi tidak mahu memberi sumbangan kepada rakyat melalui parti. Tapi, aku non-partisan. Ada AUKU :)

  3. Respon Intelek dan Cina, Sudah Berani?
  4. Jika dilihat. Secara kasar. Diteliti. Alternatif bangkit di kawasan bandar yang menempatkan intelek dan profesional. Juga di kawasan penempatan kaum Cina, yang umumnya MCA, beralih kepada DAP. Aku melihat ini sebagai satu respon berani. Dan juga mungkin sudah lama dipendamkan. Sudah tentu respon ini diransang oleh stimulan besar. Stimulan apa? hm..

  5. Kebangkitan DAP, Satu Ancaman
  6. DAP menang besar di sana. Dan di sini. Sebagai seorang Muslim, aku agak khuatir dengan minda mereka yang seagama dengan aku. Islam itu demokrasi. Tapi demokrasi itu bukan Islam. Bukan demokrasi semata-mata yang kita perjuangkan. Tapi agama. Kamu juangkan agama, peroleh demokrasi dan terjaga bangsa. Kamu juangkan bangsa dan demokrasi, agama kamu belum tentu terjaga. Lebih teruk mungkin, tergadai begitu sahaja. Nauzubillah.

  7. Menteri Tewas, Contoh Kegagalan Pimpinan
  8. Menteri adalah antara pimpinan tertinggi dalam hierarki pemerintahan. Kiranya mereka yang tertinggi itu kalah juga?? hm..

  9. Gelombang Anwar Ibrahim
  10. Ramai orang teruja dgn penggal ini kerana penglibatan Anwar Ibrahim. Benar. Dia memang antara pemimpin hebat. Tapi aku ingin mengajukan soalan. Kamu berjuang kerana apa? Atau kerana siapa? Fikirkan.. Renungkan..

  11. Hikmah Kerajaan Campuran
  12. Walaupun aku tidak suka kerajaan sedia ada, aku juga tidak fanatik kerajaan alternatif yang ada. Maka aku melihat bahawa wujudnya kerajaan campuran sebagai satu rahmat. Kerana kerajaan sedia ada memang tidak mampu untuk memperjuangkan hak yang patutnya diperjuangkan. Namun kerajaan alternatif juga belum berdaya penuh. Maka wujudnya kerajaan campuran adalah solusi terbaik untuk satu dan dua penggal. Penggal kedua sepatutnya memperlihatkan dominasi yang kuat dalam kerajaan campuran yang akan melahirkan satu kerajaan tunggal yang dominan.

  13. Kalah dalam Menang
  14. Walaupun kerajaan yang dahulu itu masih lagi kerajaan untuk masa kini. Dan Menteri Prima nya masih lagi entiti sama. Tetapi aku melihat kemenangan peringkat negara mereka adalah satu kekalahan moral dan sokongan.

  15. Sugul dalam Menang
  16. Dan bagi makhluk ciptaan yang memenangi beberapa negeri di semenanjung, bersedihlah. Kerana kemenangan ini adalah ujian yang paling berat sepanjang perjuangan kamu. Bagi yang memperjuangkan yang Haq, kemenangan itu pasti. Tapi tidak datang dengan mudah. Kiranya ia sudah tiba sekarang. Ingatlah ia datang sebagai ujian bagi kamu.

p.s - Pelik betul tengok setengah kawasan Parlimen. Kerusi DUN nya menang majoriti pada parti alternatif. Tapi Parlimen nya menang pada parti komponen barisan nasional. Pengundinya mengundi 2 parti kah??? :-/

Trackback URL

4 Comments on "unspoken truth.."

  1. jaed
    Maryam
    18/03/2008 at 7:11 pm Permalink

    tu dia anak YB komen GE…

    maaf lah dik, apa yang kamu suarakan tu benar belaka. kamu lebih mahir dengan sepak terajang politik dari saya. bila besar nanti.. bukan! bila sudah boleh jadi calon, silalah namakan diri sendiri ya. nanti saya bawa orang, er serta hantu mengundi kamu. :D

  2. jaed
    Awan
    20/03/2008 at 4:40 am Permalink

    Komentar yang cun!

    Sekadar tambahan: Undi kali ni dikatakan banyak undi protes. Orang undi bukan nak BA, tapi sebab taknak BN. So, agak bahaya sekiranya BA tak perform, re-swing of voters would be seen in next GE. 4-5 tahun masa untuk tunjuk kebolehan. All da best for them…. & for us too :)

  3. jaed
    alif zai mim ra
    21/03/2008 at 10:24 am Permalink

    slm jaed…

    me a non-partisan oso…tgu next PRU baru leh ngundi…insyaALLAH

  4. jaed
    mujahidah
    23/03/2008 at 3:23 pm Permalink

    hm..sy stuju gk ngn pndpt awan

    ramai org x nk BN..tp x semestinye diorg tul2 nak BA..

    n mgkin jgak ade yg hanye try2 cube test nak tgk camne kerajaan yg akan dibawa oleh BA..

    agak terkilan dgn kes MB kt perak~ membuatkn org mmndg -ve trhdp BA

    yup..kewujudan n kebangkitan DAP mmg bhya~..
    diorg pon ekceli nk pgg kerajaan kn??
    tp igt x diorg pon bkrjasama time IFC dulu~…so??bhya la islam di malaysia skrg..
    bkn takut…tp mmndgkan umat2 islam kt mlysia yg majoritinya bagai buih di lautan mcm dlm hadith nabi muhammad saw~

    hny sekdr pendpt dr perantau~

    nk balik undi..x sabarnyeeee

Hi Stranger, leave a comment:

ALLOWED XHTML TAGS:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe to Comments