tiga puluh november dua ribu tujuh

sinis dari teman tentang bahasa barat gunaan saya. kita tukar tema. MELAYU! :) entri ini diniat seawal pagi jumaat. dimatikan keinginan kerana sudah ada tiga entri bertarikh tiga puluh. nanti tuan jazli mengatakan saya amat bosan. saya tidak! :)

slot ringkas penjelasan tentang tulisan saya. saya mula menulis di awal 2003. di blogspot. laman barat. (maaf teman melayu ku) berhenti menulis pada 2006. menutup subsripsi di laman itu awal 2007. niat menulis sudah mati. di kuantan saya melihat fenomena gelombang revolusi dan kuasa penulisan mahasiswa. wah, rata2 orang menulis di blog mereka sendiri. saya ingin mula kembali. menumpang di domain ayahanda kerana ingin mencuba sistem wordpress. namun rindu dgn blogspot. :) (go go teman di blogspot)

tulisan melayu saya amat di pengaruhi gadis melayu berusia 23(pada saat entri di isi), ke sini jika mahu berkenalan dgn beliau. tulisan barat saya pula hasil didikan cerita2 dan lagu2 barat :P dan juga sukan-sukan komputer dalam bahasa barat.

berbalik pada tajuk saya!

di kaca televisyen, ada slot menarik selepas fajar. ingin tahu? bangun pagi!! :)

RTM1 0730-0745: AKHBAR HARI INI

cahayatinggi pertama tentang ahli dewan rakyat(penghuni sidang parlimen) yang menuntut wakil2 kementerian agar datang ke persidangan utk menjawab soalan. bermain di kotak kepala saya, menteri lah, iya? nafikan saya dgn alasan saudara saudari. pemahaman saya adalah menteri tidak datang bersidang utk menjawab. wah! jika malas amat utk dtg mendengar perbahasan. dtglah ketika sesi anda utk menjawab. pemalas sekali! diupah uang beribu.. amat sedih! pengendali rancangan berkata “mereka juga berharap agar wakil kepada kementerian dapat hadir sekiranya menteri terbabit tidak dapat hadir”(aw kama qal) wakil pun tiada?! 50 tahun merdeka… :(

seorg lelaki dan seorg wanita pengendali rancangan menyeru penonton utk tidak mempercayai aljazeera, mereka beralasankan kerana Zam(read:Zainuddin Maidin)mengatakan aljazeera mengeluarkan kenyataan tidak benar. saya termenung. takkan kerana alasan itu saja mahu kami tidak mempercayai aljazeera?jika benar aljazeera berkelakuan sumbang sebegitu, mesti ada rekod nya dan dinyatakan penuh sejarah kesumbangan itu utk tatapan penonton seperti saya. saya keliru. saya cuba utk menjadi neutral. menilai.. sahabat semua tolong saya!

highlight terakhir tentang hindraf, yang dikatakan perhimpunan mengundang keganasan dan mengganggugugat keselamatan negara. aduh! saya pening, hindraf tu apa? salahkah berhimpun? PM Abdullah kata polis tidak patut menghalang rakyat berhimpun(komen beliau tentang perhimpunan di sebuah negara ASEAN) maksudnya tidak patut juga polis di malaysia, bukan? entahlah… sy masih buta hindraf, celikkan saya! tolong!

p.s - saya amat kabur ttg isu semasa. :(

NTV7 0800-?:BREAKFAST ON 7

pengulas nya cina. baca ucapan PM tentang patutnya kita selesaikan isu palestin. supaya tiada ekstrimism dan ekstrimisasi :P yang menurut PM adalah serpihan dari ketidakselesaian isu palestin. oh. saya sedikit bersetuju. kemudian si pengulas menyambung dgn komen sendiri, dalam bahasa barat, “dah byk presiden US nak selesaikan isu ni, tp kalau ade orang yg xmao dgr kata susah la.”

sy termenung dlm kecetekan ilmu ttg palestin.. isk, yg US usahakan tu rundingan damai kan? dan yg tolak pelan damai tu palestin kan? ke? israel ke? sy rs palestin. mesti la dorg tak mahu. itu tanah mereka! bukan yahudi punya! si cina ni nak kata palestin ni penyebab isu ni tak selesai? begitu?

kemudian dia menyambung ulasan suratkhabarnya dgn seorg wanita, siapa? kakak kepada tokoh serikandi wanita melayu islam teragung di malaysia yang membotakkan kepala, sharifah aleya. mereka mula mengulas tentang hindraf lagi. tentang tidak patutnya perhimpunan diadakan. hurm. sy pening lagi. bukankah Hj Ahmad Badawi, ayah kepada PM sy itu pernah mengepalai perhimpunan di Pulau Pinang. kelirulah saya!

p.s - hm! sy sgt serong terhadap pengulas ini. bukan kerana dia cina. tapi kerana ulasan nya. saya geram!

Trackback URL

2 Comments on "tiga puluh november dua ribu tujuh"

  1. jaed
    hasanah
    02/12/2007 at 6:11 am Permalink

    Wah, bahasa melayu yang mantap. Mpga dapat diselang selikan dengan artikel berbahasa barat. =P
    Moga terus thabat, inshaAllah.
    Selamat menempuh semester baru di uia.

    p/s: sesi berbahasa skema, huhu.

    Wassalam.

  2. jaed
    hasanah
    02/12/2007 at 7:13 am Permalink

    tapi tuntutan hindraf memang nonsense.

    i’ve sent you an email regarding hindraf letter to UK.

    nak celik pasal hindraf, just search through the internet. =)

Hi Stranger, leave a comment:

ALLOWED XHTML TAGS:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe to Comments